JALAN TUN HUSSEIN ONN, SEBERANG JAYA 13700 PERAI PULAU PINANG. TEL:604-3975937 Fax: 04-3984644

Sunday, October 7, 2007

LAGU SEKOLAH

Kitalah harapan bangsa
Menuntut ilmu cabaran semua
Menggapai wawasan dan cita-cita
Penuh ilmu di dada

Rukunegara jadi panduan
Disiplin asas kecemerlangan
Tekun, berusaha dan berdoa
Kita pasti berjaya

Sekolah Tun Hussein Onn
Bertekad terus cemerlang
Sekolah Tun Hussein Onn
Gemilang segala bidang

Di sini kita berikrar
Tak kira bangsa atau agama
Eratkanlah tali persahabatan
Kekalkan perpaduan

BENDERA SEKOLAH

Saiz bendera ialah 175cm × 86 cm. Bendera sekolah mempunyai lencana sekolah yang terletak di bahagian tengah. Bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn mempunyai tiga warna utama iaitu biru, merah dan kuning. Warna –warna tersebut mempunyai maksud seperti berikut :

Biru – melambangkan kedamaian, keharmonian dan perpaduan
Merah – melambangkan keberanian, kegigihan dan ketekunan
Kuning – melambangkan kedaulatan dan berakhlak mulia.

LENCANA SEKOLAH


MOTTO –DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN

Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai disiplin yang mantap sebagai asas kejayaan dan kecemerlangan dalam pendidikan serta menjadi insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

DUNIA
Berpengetahuan luas serta global. Globalisasi dan bertaraf antarabangsa

KOMPUTER
Ke arah generasi celik omputer dan mahir dalam IT atau Teknologi terkini.

OBOR

Sentiasa bersemangat tinggi serta berjaya di dalam bidang sukan.

BULAN DAN BINTANG
Lambang ketaatan dan kesetiaan kepada Agama, Raja dan Negara.

MOTO, VISI DAN MISI SEKOLAH

MOTTO
Disiplin Asas Kecemerlangan

VISI
Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn sebagai sekolah yang cemerlang di Pulau Pinang menjelang 2008


MISI
1. Sentiasa bekerja dengan tekun, cekap, amanah dan mengamalkan sikap penyayang, jujur,
ikhlas serta adil.
2. Berusaha menawarkan pendidikan yang terbaik.
3. Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
4. Berdaya saing, berdisiplin, beradab dan menjana konsep aqidah ke arah kecemerlangan
hidup.

BIODATA PENGETUA

En. Khaliqul Zaman bin Mohd. Sheriff telah mencurahkan khidmat baktinya dalam profesion perguruan semenjak 25 tahun yang lalu bermula pada tahun 1982. Kerjaya beliau bermula selepas menamatkan pengajian di USM dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Kepujian (Kimia dan Matematik) pada tahun 1982. Perkhidmatan pertamanya ialah menjadi guru di SMK To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan (1982 – 1984). Seterusnua beliau kembali berkhidmat di negari asalnya Pulau Pinang iaitu di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang (1985 – 2001). Beliau telah berpindah pula ke SMK Bukit Mertajam selama setahun sahaja. Kerjaya beliau meningkat dengan perlantikan sebagai penyelaras SMK Tun Hussien Onn yang bermula pada tahun 2003 sebelum dilantik sebagai pengetua. Pengalaman beliau ketika menjadi guru akademik pula ialah beliau pernah menyandang jawatan sebagai Guru Kanan Sains dan Penolong Kanan Pentadbiran (PK I) di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi dan SMK Bukit Mertajam. Kini beliau juga berkhidmat sebagai Penyelia Kawasan Peperiksaan Awam Daerah Bukit Mertajam bemula 2006. Jawatan yang pernah disandang dalam pertubuhan seperti menjadi Panel Penilai Asrama Mutiara Peringkat Daerah Utara dan Tengah, menjadi AJK Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Malaysia (PPPPSM) dan AJK Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah (PKPSM). Usia perkhidmatan beliau jelas menandakan kematangan dalam profesion pendidikan. Oleh itu, segala khidmat baktinya amatlah besar dan cemerlang untuk menerajui seterusnya memajukan kegemilangan SMK Tun Hussien Onn selaras dengan moto sekolah “Disiplin Asas Kecemerlangan”.

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (SMKTHO) di bina pada 1.1.2002 dengan kos sebanyak RM 12 juta. SMKTHO mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Mulanya sekolah ini diberi nama SMK Seberang Jaya 2 dan kemudiannya ditukar kepada SMK Tun Hussein Onn sempena nama Perdana menteri ke-3, Tun Hussein Onn. Pada peringkat awal, SMKTHO menumpang di SMK Seberang Jaya kerana bangunan sendiri belum siap sepenuhnya. En. Khaliqul Zaman b. Mohamed Sheriff peneraju utama dan bertindak sebagai Penyelaras, Pn Hjh. Salmah bt. Bakar bertindak sebagai PK Hem, En. Ghazali b.Abu Bakar Sebagai PK Kokurikulum dan dibantu oleh 7 orang tenaga pengajar.

SMKTHO mula beroperasi dengan bilangan pelajar seramai 128 orang, 65 pelajar lelaki dan 63 pelajar perempuan. Hanya 4 kelas dibuka iaitu 3 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas Peralihan. Pada 6 Mei 2003, SMKTHO mula beropersi di bangunan sendiri. Bangunan ini terletak di kawasan seluas 5.23 ekar dengan rekabentuk bangunan yang terkini dan menarik. Walaupun keluasan padang SMKTHO agak terhad, bukan penghalang untuk mengadakan 2 acara sukan tahunan. Acara sukan tahunan kali pertama diadakan di padang SMK Seberang Jaya diikuti di padang Ben-Q dan Stadium Bertam. Pelajar sulong sekolah ini telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2005 dengan peratus kelulusan sebayak 71%. Manakala keputusan SPM pertama pada tuhun 2005 telah mecapai peratuskelulusan sebanyak 93%.Keputusan ini akan menjadi asaspanduan untuk membentuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.